Wednesday, July 22, 2009
:: x Leh tido laa ::
erm....sekarang sudah pukul berapa...mata tak juga mau pejam..
hati tak berapa nak sedap..sebab esokkan kena kerja....
tapi mau juga menatap dan melayani menatang kecil nie...kan bagus masuk tidor saja...dari bercakap sorang - sorang dengan komputer riba ini...
Agrhhhh!!!...pening saja kau tahu...bukan mau dengar kata..degilnya tidak habis - habis....Tapi bagus juga degil - degil begini..kerana banyak kenangan manis pahit terjadi kerananya...
Dahulu...kerana degil ini laa..dapat mandi sungai..itu pun kena menipu bonda dahulu sebelum pergi bermandi manda bersama rakan - rakan sekolah rendah..Alasannya pergi berlatih main badminton disekolah... Kadang - kadang rasa risau juga kerana kita ini hanya sorang saja perempuan dalam adik beradik..Kalau bonda tahu akan kegiatanku menipu ini...Alamatnya..kena rotan laaa jawabnya..kena kurung dalam bilik bila balik sekolah...
Kerana degil ini juga la..Terpalit sejarah berdarah ketika melihat belut yang ditangkap ayahnda.. Akibatnya terluka peha terkena bilahan besi buruk di tepi sungai...Ayahnda gila akan memancing..Hobinya ketika waktu lapang..Ada saja yang mahu ditangkapnya...Kata ayahnda,Memancing ini umpama berlawan dengan diri sendiri...sekuat mana pun ikan itu...akhirnya akan tewas juga jika tiada usaha yang gigih...tetapi jika kita berusaha dan tidak mudah tertipu...kita akan selamat dan dapat meneruskan hidup...umpama ikan yang terlepas laa...akhirnyaa...tiada ikan yang dibawa pulang...hanya belut saja...
Belut itu agak besar juga...sebesar lengan budak 12 tahun...kerana tiada yang sanggup mahu memakannya... ayahnda membuangnya di sungai.... kerana mahu sangat melihat ia bebas bermain di sungai... ku gagahkan kaki mengejarnya...kerana dimarahi ayahnda..terpaksa naik keatas..dan masa itu la peha terkena besi.. uuUUuuu....apa lagi...air mata mencurah - curah keluar kerana lukanya sepanjang jari telunjuk.. menampakkan isi didalam..macam kena belah dek pisau tajam...waaaaaa...panjang suaraku sampai didengari nenek didalam rumah....hahahaha...tu laaa...degil lagi kata bonda..." ko tu pompuan.tapi perangai mengalahkan lelaki.." itu la yang selalu dikatakan bonda kepadaku...heheheh
Kerana degil juga..aku tak dapat mencatat rekod yang pertama naik pokok kelapa antara adik beradik..kerana terkandas ditengah - tengah batang pokok kelapa..."mahu panjat sangat..ingat die tu monyet...boleh sampai atas...ko tu pompuan laa adik oiii"..ingat lagi kata - kata abangku...hehehe..sampai situ saja yang mampuku panjat... akhirnya guna galah juga ambil buah kelapa...boleh jua minum...hahahha
Bukan pokok kelapa saja yang pernah panjat...pokok rambutan,wawawaw...banyak sungguh kerengga..habis satu badan sakit...pokok manggis, ini lagi la...habis bergetah - getah baju dan seluar...akhirnya dimarahi bonda kerana baju habis kotor dengan getah...
Tapi apa yang penting...semua kenangan itu tak dapat dilupakan sampai sekarang...
KERANA DEGIL....;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jadi rebel baru cool.
kalau skema mana cool.
Post a Comment