Friday, June 19, 2009

:: disEpetAng hARi ::


Dilema di petang hari yang sesak dengan kereta dan habuk halus yang memamah kulit yang makin kotor..Manusia berpusu - pusu untuk pulang ke rumah menhilangkan lelah berkerja seharian.Tanpa menghiraukan pengguna jalan yang lain.. Dek mendengar lagu yang menyentuh jiwa dikala penat.. Saya menyelusuri jalan dan terhenti di pondok telefon.. Niat hanya untuk mengetahui dimana lokasi bonda. Duit syiling dimasukkan dan tangan pantas mendail.. Pabila terdengar suara bonda. Kami berbual dan berbincang seketika.Tetapi duit tidak banyak...Akan kami sambung perbualan dirumah nanti..

Setibanya di kereta..hati terdetik untuk mengetahui keadaannya disana..sehatkah dia???..bagaimana kehidupanya sekarang??...perlukan saya mengetahui segalanya di ketika ini... Sudah cukup tabah dan kuatkah untuk mendengar suaranya di corong telefon itu. Tangan pantas mendail.. dan tiada 1 suara yang terkeluar ketika telefon diangkat disebelah sana.. yang kedengaran hanya lagu dari radio saja .. ketika itu,tidak terkeluar 1 suara pun dari kami berdua..masing - masing hanya menanti suara siapakah yang akan memulakan perbualan.. syiling semakin sempit.. telefon awam sudah berbunyi menandakan kehabisan syiling. Masa mencemburui kami yang kian lama sudah tidak berhubung. Tiba2 telefon yang saya genggam itu sepi tanpa suara dan lagu. Rupanya sudah masa untuk pulang ke rumah. Tidak sempat untuk menanyakan perkhabarannya. Hati agak kecewa kerana ingin mendengar suaranya walaupun dari jauh.. Akan tetapi cukuplah dengan dapat mendail dan diangkat di corong sebelah sana walaupun tidak dapat bersuara. Hati dapat tenang seketika.. Perjalanan pulang penuh dengan kenangan di minda..

TETAPI!!!!

untuk apa lagi mencarinya..Sedangkan dia sudah bahagia disana.Sedang menikmati Erti kehidupan,Status dan Tanggungjawab. Untuk apa lagi mencarinya...sedangkan hati masih luka bersisa.Untuk ape??? kerana tiada jawaban yang pasti.

Menangis bila mengingatinya. Mengingati kenangan yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidup.

Walaupun disakiti..Hati ini masih lagi boleh menerima dengan baik. Tiada tanggapan buruk kerana sentiasa ingin disayangi dan dicintai oleh insan yang bergelar LELAKI...

2 comments:

Dari Jalan Kopi said...

saya teringat.
kamu selalu talipon pakai talipon awam.
cakap sekejap - duit habis.
kahkahkah.

hidup dalam dunia penoh risiko
bahagia tak selamanya milek kita
derita tak semestinya sentiasa ada

hidup penoh kesilapan
kerana kita dilahirkan bukan untok menjadi tuhan

kita dilahirkan untok melakukan kesilapan
dan
dilahirkan untok memaafkan kesilapan orang lain

buatlah apa saja asalkan yang baek.

DilLen!@ said...

--> Dari Jalan Kopi

talipon awam sesuai digunakan bila perlu da sesuai dgn keadaanya...hehehe..

hidup memang begitu...
barulah kita boleh belajar dari kesilapan...