Sunday, October 19, 2008

:: CantiQnyEr se0rAnk Wanit@ ::

  • Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
    Bukan kerana merah kilauan lipstik...Pada bibir memekar senyuman kosmetik..Tetapi pada keperibadian terpelihara..Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa..
  • Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA..Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah..Untuk menggoda pandangan nafsu mata..Tetapi pada kehidupan terjaga..Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
  • Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA..Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam..Sehingga turunkan insan ke dunia..Tetapi menjdi pembakar semangat perwira..Menjadi tunjang perjuangan syuhada
  • Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK..Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan..Mengalir mutiara di kelopak mata..Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa..Pada hari kebangkitan bermula
  • Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI..Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga..Tetapi sentiasa bersama..Menempuh badai disisi suami tercinta
  • Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU..Bukan kerana kemewahan dimata..Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai..Menjadi penghibur hati permata kehidupan
  • Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU..Bukan terletak pada kebangkitan anak..Dalam setiap pertelingkahan..Tetapi dibawah lembayung kejayaan..Membuai anak dikala suami menjalin impian

No comments: