Sunday, June 21, 2009
:: Putus Asa??? wh@t....
Dengan ditemani butiran berwarna - warni coklat susu m&m yang sedap dan lagu hindi KAL HO NAA HO yang dinyanyikan oleh Sonu Nigam.Sungguh indah dan dingin petang ini dengan suasana hujan yang sedang - sedang lebatnya. Suasana begini akan membuatkan ramai orang ingin membungkam dikatil masing - masing. Membuatkan manusia menjadi malas untuk berbuat sesuatu.. Sedap juga kalu petang - petang begini dapat mengirup kopi panas dan goreng pisang atau goreng ubi kayu buatan bonda. Tapi semua sudah masuk ke kamar masing - masing kerna letih dalam perjalanan ke rawang tadi. Dari pagi lagi sudah sibuk dengan pelbagai urusan. Hidup ini perlu begitu.Kalu duduk diam sahaja tanpa berbuat apa - apa,maka elok saja jadi batu dari jadi manusia.. Batu juga ada gunanya walaupun tidak dapat bergerak sendiri,dibuat jalankah,dikumpul - kumpul boleh juga dijadikan perhiasan taman dan pelbagai juga gunanya..Niekan manusia. Banyak urusan didalam dunia ini perlu dibuat. Dari duduk tidor saja. Melepak dan membesarkan perut.
Satu - satu urusan dan tanggungjawab kene diselesaikan. Diluar mahupun dirumah. Baik saja balik dari bengkel kereta. Sudah kene tolong bonda didapur menyiapkan makanan untuk makan tengah hari. Masalah kereta belum lagi selesai kerana perlu amik masa yang lama untuk diperbaiki. Sedangkan ia merupakan pengangkutan utama keluarga untuk terus keluar mencari rezeki yang halal..Pening juga kepala ini memikirkannya. Apalah erti kehidupan ini kalu tiada masalah. Lepas sembahyang zuhur tadi,terus bersiap untuk teruskan urusan yang perlu diselesaikan.. Enjin kereta dihidupkan..Langkah dimulakan sekali lagi untuk menuju ke rawang pula. Hanya mengambil masa tidak sampai sejam perjalanan. Untuk bertemu dengan adik sepupu yang tersayang. Yang datang dari jauh untuk menjalani khidmat dan tanggungjawab kepada negara melalui latihan PLKN di Kem apa yaa...sudah lupa..apa namnya???...ai...mudah lupa juga umat ini rupanya.. Entah apa saja yang diingatnya...heheheheh..maaf..
Pabila sampai saja,bonda menyambut kedatangan anak buahnya itu dengan senyuman dan pelukan kasih sayang yang amat sangat. Rasa simpati timbul kerana dia baru pertama kali berpisah dengan bonda dan ayahndanya di kampung dan baru saja 5 hari di Kem,Rawang ini.. Mata mula mengalirkan air mata kerana sudah lama tidak menemuinya.. Die datang ke arah saya dan salam tangan serta pelukan kasih sayang.. Terasa sedih apabila memeluknya..Kami berbual di kantin kem. Bonda melepaskan rasa rindunya kepada anak buah kesayangan. Begitu juga ayahanda saya. Berbual tanpa henti kerana masing - masing sudah agak lama tidak ketemu selama setahun lebih.. Itu kerna kami sekeluarga hanya pulang ke kampung (PAPAR,SABAH)2 tahun sekali saja.. Jadi kami akan terlepas masa bersama mereka disabah. Selama 2 jam lebih kami melawatnya disana. Pabila sudah mau pulang,kami berasa sedih skali kerana terpaksa meninggalkannya yang sudah kelihatang putus asa di tanah semenanjung ini.. Kerana hatinya sudah tidak lagi disini. Die betul - betul mahu pulang ke kampung kerana terlalu rindukan ayahanda dan bondanya. Terasa asing baginya di sini.. Walaupun ada kenalan dan kawan - kawan baru serta pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di PLKN.. PLKN adalah tempat yang sesuai untuk kita buktikan bahawa kita sudah bersedia menghadapi cabaran dan halangan yang akan datang di masa akan datang. Ia untuk mengasah semangat kita untuk lebih kental dan berani menhadapi risiko.
Tetapi dia hanya mahu pulang dan bermanja. Arghh!!!..kenapa perlu berputus asa secepat dan semudah itu.. Kita perlu bersemangat dan berani untuk berjauhan dari keluarga kita supaya dapat meneruskan kehidupan kita. Bukan untuk selamanya dibawah ketiak bonda kita. Kita perlu berdikari dan menerima segala yang telah ditentukan oleh -NYA dengan tabah..Bukan bputus asa dan mudah mengalah.. Entahlah,kadang - kadang berbuih juga menasihatkan. Tapi tetap begitu juga. Kadang - kadang kita sendiri pun hanya mendengar nasihat orank lain,masuk telingan kanan keluar telinga kiri.. Hanya hati dan diri sendiri kita sahaja yang kita nak ikut. Kita dikurniakan otak untuk berfikir untuk menentukan yang mana baek dan yang mana buruk untuk kita. Orank lain tidak mampu berbuat apa.. Hanya diri sendiri..Jadi fikir - fikirkan la ye wahai adik sedaraku (DAYANG JIMAH BtE AWANG TUAH)... Jangan putus asa.. Selagi kita mampu buat sesuatu,kita teruskan.. Semoga kebahagiaan akan tiba disetiap langkah pemulaan atau dipenghujungnya nanti..Kita sama - sama menghadapinya okey!!! amin...
Friday, June 19, 2009
:: disEpetAng hARi ::
Dilema di petang hari yang sesak dengan kereta dan habuk halus yang memamah kulit yang makin kotor..Manusia berpusu - pusu untuk pulang ke rumah menhilangkan lelah berkerja seharian.Tanpa menghiraukan pengguna jalan yang lain.. Dek mendengar lagu yang menyentuh jiwa dikala penat.. Saya menyelusuri jalan dan terhenti di pondok telefon.. Niat hanya untuk mengetahui dimana lokasi bonda. Duit syiling dimasukkan dan tangan pantas mendail.. Pabila terdengar suara bonda. Kami berbual dan berbincang seketika.Tetapi duit tidak banyak...Akan kami sambung perbualan dirumah nanti..
Setibanya di kereta..hati terdetik untuk mengetahui keadaannya disana..sehatkah dia???..bagaimana kehidupanya sekarang??...perlukan saya mengetahui segalanya di ketika ini... Sudah cukup tabah dan kuatkah untuk mendengar suaranya di corong telefon itu. Tangan pantas mendail.. dan tiada 1 suara yang terkeluar ketika telefon diangkat disebelah sana.. yang kedengaran hanya lagu dari radio saja .. ketika itu,tidak terkeluar 1 suara pun dari kami berdua..masing - masing hanya menanti suara siapakah yang akan memulakan perbualan.. syiling semakin sempit.. telefon awam sudah berbunyi menandakan kehabisan syiling. Masa mencemburui kami yang kian lama sudah tidak berhubung. Tiba2 telefon yang saya genggam itu sepi tanpa suara dan lagu. Rupanya sudah masa untuk pulang ke rumah. Tidak sempat untuk menanyakan perkhabarannya. Hati agak kecewa kerana ingin mendengar suaranya walaupun dari jauh.. Akan tetapi cukuplah dengan dapat mendail dan diangkat di corong sebelah sana walaupun tidak dapat bersuara. Hati dapat tenang seketika.. Perjalanan pulang penuh dengan kenangan di minda..
TETAPI!!!!
untuk apa lagi mencarinya..Sedangkan dia sudah bahagia disana.Sedang menikmati Erti kehidupan,Status dan Tanggungjawab. Untuk apa lagi mencarinya...sedangkan hati masih luka bersisa.Untuk ape??? kerana tiada jawaban yang pasti.
Menangis bila mengingatinya. Mengingati kenangan yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidup.
Walaupun disakiti..Hati ini masih lagi boleh menerima dengan baik. Tiada tanggapan buruk kerana sentiasa ingin disayangi dan dicintai oleh insan yang bergelar LELAKI...
Saturday, June 13, 2009
Cint@ ????
Tiada Malam Lena Tidurku
HAnya Igauan Yang Pilu
Kerna Setiap kaliku Pejamkan Mata
Ku Hanya Terlihat Dirimu
Mengapa Aku Masih Menanti
Harapan Yang kian Tidak Pasti
Walauku Sedar Hakikatnya
Kau Takkan Kembali Disisi
Walau Aku Pernah Menyatakan
Yangku Telah lepaskan segala
Hakikatnya Hati Kecilku Menyinta
Aku simpan Saja Perasaanku
Menahan Derita Dalam Rindu
Walau Kau Tidak Perlukanku
Kutetap Mendoakan Kebahagiaanmu
Tapi Hanya 1 YAngku Pinta
izinkanKu Mencintaimu Dari Jauh
yang hilang
:: DilLeni@ ::
Tuesday, June 9, 2009
fikir - Fikirkan La......
:: yAng dEkat itu Mati, yAng jAuh itu mAsa,yAng beSar itu NafsU,yAng beRAt itu
AmanAh,yAng rIngAn itU soLAt dAn yAng taJAm iTu lidAh...
:: mEngataKAN dirI lEmah sEbeluM bEnar2 TerbukTi kiTa lemAh AdalAh kelEmahan Kita yg
pAling lEmAh....
:: oRang Yang mAlas,pinTar mCm mNA pun TAk Akan kE Mane2,Dan jAngAn sOmboNg sGt jikA
AndA pIntar,sBb oRAnk yg PintAr biLA buAT jAhat...nAmpak boDoh sgT...
:: yANg mAhu kEdepAn rmAi...tp Yang mAHu bDepan sAja tAk rmAi...
:: SElamatKn diRimu Dari PenjaRa diri...sBb iA lebIh berBahaya dAri penjAra besI...
:: BelajAr dUlu seBelum berBuat sesUatu..jAnGAn berBuat daHulu Baru henDAk bElajar..
:: Biar Makin bAnyAk berjalan,mAkin bAnyak penGalamAn...jAngan bAnyAk berJAlan..
mAKin Keliru DAn x tAhu...
:: BerUbAh itU mUngkiN muDAh..Tapi Kekal deNgan PeruBAhan yANg diBUat Itu MUngkIn
pAYah...
:: RamAi oRAng menYAnka mErekA sedaNg berlAri lAju..tibA2..terPEranjat menDapati
meReka hAnya beRlari SeTempat ApAbila menGAnalisis diri MereKA secAra jujur..
Subscribe to:
Posts (Atom)